SYURGA ITU BENAR...KETAHUIIAH
Berikut adalah antara sifat-sifat syurga yang diterangkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran dan hadis :-
Keadaan Ahli Syurga
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Berseru seorang penyeru (di dalam syurga) bahawa kamu akan selalu sihat dan tidak akan jatuh sakit selama-lamanya, akan hidup tidak akan mati selama-lamanya, akan berasa senang (gembira) tidak susah atau bosan selama-lamanya." (Riwayat Muslim)
Makanan & Minuman
Allah berfirman yang bermaksud: "Kami tambahkan untuk mereka buah-buahan dan daging (jenis) yang mereka inginkan. Mereka mengedarkan antara mereka gelas-gelas (yang berisi arak), tidak ada sia-sia padanya dan tidak pula perbuatan dosa." (Surah al-Tur 52: 22-23)
Allah berfirman lagi yang bermaksud: "(Mereka duduk) di atas tempat-tempat duduk yang bersulam. Sambil bersandaran dan berhadap-hadapan, akan melayani anak-anak muda yang tidak berubah keadaannya. Dengan membawa cangkir & cerek-cerek & gelas yang berisi minuman dari satu sumber. Mereka tidak merasa sakit kepala, tidak pula mabuk kerananya. Dan buah-buahan daripada jenis yang mereka sukai. Dan daging segar yang mereka inginkan. Dan bidadari-bidadari (yang melayani mereka). Seperti mutiara-mutiara tersimpan." (Surah al-Waqi'ah 56: 15-23)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ahli syurga makan dan minum, tetapi tidak buang air besar dan air kecil, tidak keuar hingus dan semua yang mereka makan dan minum menjadi peluh yang keluar dengan bau yang wangi." (Riwayat Muslim)
Firman Allah bermaksud: "Diedarkan kepada mereka piring-piring dan gelas-gelas daripada emas dan di dalamnya (syurga) itu apa-apa sahaja yang kamu inginkan dengan nafsu dan indah dipandang mata, dan kamu kekal di dalamnya." (Surah al-Zukruf 43: 71)
Kebun-Kebun Syurga
Firman Allah bermaksud: "Selain dua syurga tersebut, ada dua syurga lagi. Maka nikmat mana yang kau dustakan? Kedua-duanya hijau tua. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan? Di dalam kedua-dua syurga itu ada mata air yang memancar, maka nikmat Tuhanmu yang mana hendak kau dustakan? Di dalam kedua-duanya ada buah-buahan, kurma dan delima." (Surah al-Rahman 55: 62-68)
Sungai-Sungai Syurga
Firman Allah bermaksud: "Sifat syurga yang dijanjikan untuk orang yang bertakwa (ialah seperti berikut), adanya sungai-sungai daripada air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya dan sungai-sungai daripada arak lazat bagi peminumnya, dan sungai-sungai daripada madu yang suci bersih. Dan bagi mereka di dalamnya ada bermacam-macam buah-buahan dan keampunan daripada Tuhan mereka. Apakah itu sama dengan orang yang diberi minum air panas mendidih sehinggah putus-putus usus dan isi perut mereka yang meminumnya?" (Surah Muhammad 47: 15)
Pakaian & Perhiasan Syurga
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang bertakwa di tempat yang aman. Di kebun-kebun dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera yang nipis dan tebal dan duduk berhadap-hadapan." (Surah al-Dukhan 44: 51-53)
Firman Allah bermaksud: "Bagi mereka di sediakan syurga-syurga yang kekal mengalir di bawahnya sungai-sungai, dihiaskan mereka di dalamnya dengan gelang-gelan emas, memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera sulaman emas, sambil bersandar di tempat-tempat duduk yang tinggi, baik sekali ganjaran Alla itu dan bagus sekali (syurga) sebagai tempat duduk." (Surah al-Kahf 18: 31)
Firman Allah bermaksud: "Mereka duduk di atas tilam-tilam yang isinya daripada sutera (dan sedang duduk-duduk itu) mereka dapat memetik buah-buahan syurga kerana dekat." (Surah al-Rahman 55: 54)
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: "Sekiranya seorang penghuni syurga datang ke dunia ini dengan memakai perhiasan gelang, maka sinar dari gelangnya itu akan mengaburkan sinar matahari, sebagaimana sinar matahari itu mengaburkan sinar-sinar bintang." (Riwayat al-Tirmizi)
Pelayan
Firman Allah yang bermaksud: "Akan melayani mereka anak-anak muda yang tidak berubah keadaannya. Dengan membawa cangkir-cangkir, cerek-cerek dan gelas-gelas yang berisi minuman." (Surah al-Waqi'ah 56: 17-18)
Firman Allah bermaksud: "Akan melayani mereka anak-anak muda yang tidak akan berubah keadaan mereka, apabila engkau melihat mereka, engkau akan mengira berlian-berlian yang bertaburan." (Surah al-Insan 76: 19)
Lagu & Muzik
Firman Allah bermaksud: "Pada hari berlakunya kiamat pada hari itu mereka akan terpisah. Adapun orang yang beriman dan melakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan berada di satu taman yang segar dan dihiburkan. Dan adapun orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami dan kehidupan di akhirat, mereka dalam seksaan yang terus-menerus." (Surah al-Rum 30: 14-16)
Kenderaan Syurga
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: "Apakah di dalam syurga ada kuda? "Rasulullah menjawab: "Mudah-mudahan engkau akan masuk syurga supaya engkau mendapat kenderaan berupa kuda yang dibuat daripada Yaqut (permata yang mahal) berwarna merah, engkau dapat terbang dengannya di dalam syurga ke mana sahaja engkau kehendaki." Lalu bertanya pula seorang lelaki lain: "Ya Rasulullah adakah terdapat unta di dalam syurga?" Berkata Rasulullah: "Mudah-mudahan Allah memasukkan engkau ke dalam syurga, dan di dalamnya engkau akan mendapat apa-apa sahaja yang diinginkan oleh keinginanmu dan apa-apa sahaja yang disenangi oleh matamu." (Riwayat al-Tirmizi)
Tidak Beranak
Rasulullah s.a.w. besabda bermaksud: "Apabila seorang Mukmin menginginkan anak di dalam syurga, maka jadilah anak itu pada saat ia ingin itu, tetapi tiada yang ingin beranak di dalam syurga." (Riwayat al-Tirmizi)
Lihatlah betapa terperincinya gambaran syurga yang dipaparkan oleh Allah buat manusia menghayatinya. Agar dengan ini timbul semangat dan kesungguhan serta kegigihan yang meluap-luap untuk mencapainya. Sesungguhnya syurga itu benar, diyakini oleh orang yang benar dan diraih melalui amalan-amalan yang benar. Berita tentang syurga disampaikan oleh Allah yang Maha Benar (al-Haq) kepada Rasul-Nya yang benar lagi dibenarkan!
Malang sekali, ramai manusia yang kononnya bijak, hidup pada zaman yang serba canggih ini tetapi tidak terpikat dengan janji syurga yang benarini. Mereka lebih terpikat pada pelbangai jenis skim cepat kaya, tawaran saham berunsur riba, penipuan menerusi perniagaan dalam Internet sehingga ramai yang telah terpedaya.
Mengapa tawaran syurga yang hakiki dan pasti ini diaibkan? Kerana tidak nampak? kerana tidak yakin? Inilah krisis iman manusia akhir zaman. Namun akhirnya kuburan telah dikambus orang, terdengarlah sayup-sayup suara talkin yang dibacakan: "...ketahuilah bahawa syurga itu benar!"
-Petikan dari Majalah Solusi-
No comments:
Post a Comment