Hey Delaila

Wednesday, April 20, 2011

DaH naK TiDo ke? 



Baca ni dulu....
Kalau dalam filem Inggeris kita tgk adegan menidurkan anak2 , mereka akan membacakan buku2 cerita 'fairy tale' iaitu kisah2 fantasi yang menggambarkan hero@prince charming menyelamatkan heroin @ princess cthnya snow white, cinderella,  dan banyak lagi...


TAHU Kenapa??
Ini kerana melalui penceritaan itu, ianya akan merangsang minda separa sedar kanak2 agar memasukkan elemen2 positif yang terdapat pada watak hero tadi iaitu gagah, berani, kacak, tampan dalam minda kanak2. Apabila tiap2 malam dibacakan dengan crite2 yang positif , sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi dan membentuk karektor anak2 ini.
Mungkinkah dgn sbb ini, anak2 mat salleh lebih bertanggungjawab dan gentlemen??


Ha, itu kalau dalam dalam movie inggeris, tapi kalau dalam cite melayu?? baca doa dulu sblm tido... kan2?


Adalah lebih baik kalau kita mendidik anak2 sebelum tido dgn bacaan2 doa dan zikir2. Kita juga boleh juga menngunakan kaedah di atas td dengan menukarkan dari crite2 fairy tale ke cerita2 berkisahkan penjuang islam spt Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-khattab etc atau kisah Rasullulah S.A.W yang mempunyai sifat2 yang positif yang patut dijadikan icon.


Sy percaya ada ibu2 yang telahpun mempraktikkannya. Kepada ibu2, syabass diucapkan! :))


PERKARA YG PATUT DILAKUKAN SBLM TIDO


1) Baca lah ayat menghalau syaitan- A'uzubillah..
2) Bismillah
3) Ayat Kerusi
4) Al-fatihah
5) 3 Qul

jgn lupa set kan perkara2 positif yang kita nak lakukan untuk hari esok cthnya:- "esok saya nak sampai ofis awal n bersemangat!!"



kalau susah nak tido , no need to counting sheeps..tapi bacalah zikir2 hingga tertido... :) 


ps: mulakan dari hari ini, kalau esok mungkin anda akan terlupa...

Friday, April 1, 2011

ANDA seorang yang sentiasa berINGAT??


Walaupun anda sentiasa beringat dalam sesuatu perkara, pasti anda akan terlupa jua pada satu ketika ... betul tak?
  •        Sentiasa INGATTT..., ermmmm, tak mungkin...
  •        INGAT, ingat , peh tu lupa; perkara biasa
  •        INGAT, lupa, lupa; perkara yg dibuat2? ye ker?
  •        asyikkk saje LUPA? ermmmm... sabar jelah!

Kalau selalu je lupa, dah dekatlah tu ngan pykt ALZHEIMER (dlm bhs saintifik), dalam bhs melayunya kita panggil NYANYUK! hati- hati ye...

Profesor sy bagi tahu, kalau nak tahu kita ni hampir2 nyanyuk ke tak, buat ujian ini;-
1) ambil pen & kertas
2) lakarkan jam analog (seperti gambar dibawah) cth: jam 1.50pm
3) anda mesti mampu mengingat nombor2 wajib pada jam tersebut dan susunatur jarum

Ini kerana, pesakit Alzheimer tidak mampu berbuat demikian !


TAHUKAH anda, pesakit- pesaki Alzheimer dirawat dengan menggunakan kaedah KETUK KETAMPI! percaya tak? 
Patutlah dalam drama LABU LABI, bila driver n tukang masak Hj Bakhil tu buat salah, asyik kene denda ketuk ketampi je... kasi ingattt skit!
Mungkin dengan kaedah ini, ia merangsang urat2 saraf dan pengaliran darah agar berjalan lancar.. ha, apa lagi? amalkan lah...
dan, perasan atau tidak, budak2 yang cikgu suruh ketuk ketampi masa kecik2 dulu, semuanya bijak2 belaka....

Kalau kita ni jenis pelupa, abah sy pesan...
1) buatlah catitan/ senarai
2) amalkan , slalu baca@ ulangkaji kalau bab belajar & mengingat
3) tampal kat dinding@ tempat yg senang dilihat ( tp skang dah ada reminder kat dlm hset... ;) )

Bagaimana nak kuatkan daya ingatan?

1) Pemakanan
- makanan yang baik & berkhasiat spt kismis, minyak ikan cod, Vit. B/ B3
- elakkan makan kepala ikan, makan semut, makan organ dalaman

2) Amalan
- membaca Al-Quran
- Doa penerang hati
- Zikir
- Membaca berulang- ulang

3) Pandangan mata
- melihat perkara yang baik2
- elak melihat sesuatu yg tidak elok malah tgk haiwan mengawan pun tak syesuaii!

4) Senaman
- buatlah senaman2 ringkas (pun ok juga..)

5) Brain exercise
- pengiraan, jgn pakai calculator je..
- bermain puzzle
- atau pun soduku

hah, selamat mencuba! tk.
ps: untuk pembacaan sahaja percaya jangan!terbukti setelah anda sendiri melakukannya!